Perlis destinasi pilihan percutian pelancong tempatan, antarabangsa

Perlis destinasi pilihan percutian pelancong tempatan, antarabangsa

TRANG, 23 Januari – Perlis terus menonjol sebagai destinasi percutian keluarga, sekali gus merancakkan Tahun Melawat Perlis 2024–2026 yang sedang berlangsung dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama pelancong tempatan dan antarabangsa.

Dikenali sebagai destinasi pelancongan kos rendah, Perlis menawarkan pengalaman percutian berkualiti selain keunikan hidangan tempatan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, negeri itu kekal mengekalkan keaslian budaya, seni dan gaya hidup masyarakat Melayu Utara yang menjadi daya tarikan unik kepada pelancong.

“Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan termasuk melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut memperkasa pelancongan Islamik dan kebudayaan secara lebih tersusun,” titah baginda.

Baginda turut bertitah, pengiktirafan Aspiring Perlis Geopark membuka ruang kepada negeri itu untuk mengetengahkan khazanah geologi purba, termasuk gua-gua semula jadi, serta menawarkan nilai eksklusif kepada peminat ekopelancongan.

Demikian titah baginda ketika berkenan merasmikan Promosi Makanan Perlis-Kurma Daging di Sanae Pu Restaurant, Kantang di sini bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.