Pendaftaran Institusi Pendidikan Islam diperkukuh demi kebajikan pelajar

Pendaftaran Institusi Pendidikan Islam diperkukuh demi kebajikan pelajarPendaftaran Institusi Pendidikan Islam diperkukuh demi kebajikan pelajar

BESERI, 2 Februari – Lebih banyak Institusi Pendidikan Islam digalakkan untuk berdaftar dengan pihak berwajib bagi memudahkan pemantauan serta penyaluran bantuan secara lebih tersusun dan berkesan.

Peningkatan peruntukan menunjukkan komitmen memperkukuh dan menaik taraf institusi pendidikan Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pendaftaran membolehkan setiap institusi menerima perhatian sewajarnya termasuk dalam aspek keselamatan, infrastruktur dan kebajikan pelajar.

“Kami menggalakkan semua institusi berdaftar supaya pemantauan dan bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Pendaftaran ini memudahkan kerajaan untuk membantu dan memperkukuh institusi pendidikan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Ma’had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI), di sini hari ini, bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan prasarana di bawah Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Selenggara dan Naik Taraf Institusi Pendidikan Islam.

Sepanjang tahun lalu, sebanyak RM150 juta diperuntukkan kepada 1,600 Sekolah Agama Rakyat di seluruh negara, manakala bagi tahun ini peruntukan berkenaan ditingkatkan kepada RM200 juta.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.