Raja Perlis seru tindakan proaktif jabatan kerajaan

Raja Perlis seru tindakan proaktif jabatan kerajaan

KANGAR, 7 Februari – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menegur semua jabatan kerajaan di negeri itu supaya bersikap proaktif dan tidak menunggu arahan, sebelum mengambil tindakan bagi memperbetulkan kelemahan.

Dalam titah baginda, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengucapkan tahniah kepada jabatan yang telah mengambil inisiatif menangani kesesakan trafik di Kangar Jaya.

“Beta berharap jabatan-jabatan lain turut mengikut langkah ini dan tidak menunggu arahan atau dipaksa untuk melakukan sesuatu. Inilah masanya kita mengubah cara pemikiran pegawai-pegawai di Perlis supaya mempunyai inisiatif untuk memperelokkan atau membetulkan apa-apa kelemahan yang ada.

“Beta berharap usaha ini dapat diteruskan dan tidak menunggu terlalu lama sebelum mengambil tindakan,” demikian titah baginda ketika berkenan merasmikan Pesta Angin Timur (PAT) 2026 di sini.

Dalam pada itu, baginda juga mendoakan agar penganjuran PAT 2026 berjalan dengan lancar dan sempurna, serta membawa kebaikan dan kemakmuran khususnya kepada seluruh rakyat Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.