Perlis perlu cekal depani segala cabaran dengan pupuk visi masa hadapan – Raja Muda Perlis

Perlis perlu cekal depani segala cabaran dengan pupuk visi masa hadapan – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
2 MEI 2026

Bagi memacu Perlis ke mercu kejayaan, negeri ini perlu cekal mendepani segala cabaran dengan memupuk visi masa hadapan yang jauh dan strategik.

Kemajuan ekonomi tidak harus dilihat sebagai destinasi akhir, sebaliknya ia merupakan satu rantaian usaha yang tiada penamatnya.

Budaya penambahbaikan yang konsisten perlu menjadi nadi dalam setiap tindakan. Keberanian untuk keluar dari zon selesa, ketegasan dalam membuat keputusan yang mencabar, serta disiplin tinggi untuk memastikan setiap impian diterjemahkan kepada hasil yang nyata mestilah dilaksanakan dengan penuh ikhlas.

PROGRAM MAIPs PEDULI

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kaki Bukit baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut diiringi ketua-ketua jabatan serta agensi negeri dan Persekutuan dalam usaha mendekati masyarakat, mengenal pasti kesulitan golongan kurang bernasib baik, seterusnya menyalurkan bantuan serta penyelesaian secara tuntas dan segera.

BERUPA WANG TUNAI

Selaku Tuanku Yang Dipertua MAIPs, Baginda berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah kepada para penerima yang terpilih.

Antara asnaf yang menerima bantuan MAIPs pada edisi kali ini ialah Kalsom Hasan, 86, dari Jalan Kaki Bukit, Mazliata Pin, 55, dari Kampung Sri Aman Batu 16, serta Zainab Lembut, 77, juga dari kampung yang sama.

Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Club Rock Perlis berdekatan dengan Gua Kelam, yang merupakan sebuah pusat penginapan baharu yang menawarkan 36 bilik dengan suasana dikelilingi flora dan fauna, sekali gus memberikan ketenangan dan keselesaan kepada para pengunjung. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.