SAMARKAND, 8 Okt – Keunikan masakan tradisional Perlis kini menembusi pentas antarabangsa apabila Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan memperkenalkan gastronomi negeri itu di Uzbekistan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan diplomatik, kebudayaan dan pelancongan antara kedua-dua negara.
Usaha tersebut turut memperlihatkan pendekatan diplomasi yang menggabungkan warisan makanan, pelancongan Islam dan kecemerlangan pendidikan tinggi dalam memperluas keterlihatan Perlis di peringkat global.
Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat merasmikan Promosi Masakan Perlis di Hadith Hotel, Samarkand, yang antara lain mengetengahkan hidangan istimewa Kurma Daging Perlis kepada tetamu antarabangsa.
recommended by
Kapy
Generate Unlimited AI Art Directly In Your Browser For Free – Kapy.co
Unleash creativity with Kapy.co. Free AI image generation and upscaling. No signup needed!
Try now
Program itu dianjurkan Hadith Hotel dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Kedutaan Besar Malaysia di Tashkent, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) serta RG Food Industries Sdn. Bhd. (RGFI) sebagai rakan strategik. Pakejpelancongan Malaysia
Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Related Articles
UniSIRAJ perluas jaringan penyelidikan antarabangsa, raih empat anugerah utama
9 October 2026
BUDIMAN anjur HASBUDI buat julung kali, angkat martabat karya sastera Melayu
9 October 2026
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Ketua Pegawai Eksekutif Hadith Hotel, Rulit Candra bersama ketua chef hotel berkenaan, Ravshan Kadirov, yang menyediakan hidangan Kurma Daging Perlis untuk diperkenalkan kepada tetamu.
Penganjuran promosi berkenaan bukan sekadar memperkenalkan cita rasa makanan tradisional, malah menjadi platform diplomasi budaya bagi mengetengahkan identiti Perlis sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan gastronomi dan berpotensi menjadi destinasi pelancongan mesra Muslim.
Inisiatif itu juga membuka peluang memperluas pasaran makanan tradisional Perlis di luar negara, selain merancakkan hubungan perdagangan, pelancongan dan pertukaran budaya antara Malaysia dengan Uzbekistan. Pakejpelancongan Malaysia
Dalam perkembangan berkaitan, misi diplomasi Raja Muda Perlis di Uzbekistan turut diperkukuh menerusi kerjasama strategik UniSIRAJ dengan Islamic Civilization Center in Uzbekistan (ICCU) serta perasmian Seminar Warisan Nabawi Antarabangsa (SWAN X) 2026 di Samarkand.
Kerjasama berkenaan dilihat berpotensi memperkukuh kedudukan Perlis sebagai pusat pendidikan Islam, penyelidikan dan jaringan akademik antarabangsa, khususnya dengan institusi keilmuan di rantau Asia Tengah.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan, Rafeedah Abdul Aziz yang turut hadir pada program tersebut memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Tashkent sedang giat mempromosikan kempen Melawat Malaysia 2026–2027 di Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan.
Menurut beliau, usaha berkenaan bertujuan memperkenalkan kepelbagaian produk dan destinasi pelancongan Malaysia kepada masyarakat di ketiga-tiga negara berkenaan.
Hubungan rakyat Malaysia dan Uzbekistan juga terus berkembang positif, didorong kemudahan penerbangan terus antara Kuala Lumpur dengan Tashkent yang dikendalikan Uzbekistan Airways dan Batik Air.
Kemudahan penerbangan tersebut bukan sahaja memudahkan pergerakan pelancong, malah membuka ruang lebih luas kepada kerjasama ekonomi, pendidikan dan pertukaran kebudayaan.
Rafeedah berkata, Malaysia dan Uzbekistan mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama pelancongan berasaskan warisan sejarah, budaya serta khazanah peradaban Islam yang menjadi kekuatan kedua-dua negara.
Selain Tashkent, bandar bersejarah seperti Samarkand, Bukhara dan Khiva semakin mendapat perhatian pelancong Malaysia yang berminat meneroka sejarah Laluan Sutera atau Ancient Silk Road.
Destinasi berkenaan terkenal dengan peninggalan tamadun Islam, sejarah perdagangan antarabangsa serta sumbangan ilmuwan tersohor seperti Imam al-Bukhari, al-Khawarizmi, al-Biruni dan Ibnu Sina.
Warisan keilmuan tokoh-tokoh tersebut turut membuka ruang kepada pembangunan pelancongan pendidikan dan kerohanian yang boleh dimanfaatkan menerusi kerjasama institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.
Secara keseluruhannya, pendekatan diplomasi yang diterajui Raja Muda Perlis itu memperlihatkan bagaimana sebuah negeri kecil mampu memperluas pengaruh dan keterlihatan antarabangsa melalui kekuatan warisan, pendidikan, kebudayaan serta jaringan strategik.
Promosi Kurma Daging Perlis di Samarkand sekali gus menjadi simbol bahawa diplomasi antarabangsa bukan hanya berlangsung di meja rundingan, tetapi juga boleh diperkukuh melalui hidangan tradisional yang membawa identiti dan warisan sesebuah negeri.