Dagangan Malaysia-Uzbekistan cecah RM430.2 juta, kerjasama ekonomi berpotensi diperluas

Dagangan Malaysia Uzbekistan cecah RM430.2 juta, kerjasama ekonomi berpotensi diperluas

TASHKENT, 10 Okt – Nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan mencecah RM430.20 juta (AS$108 juta) bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi strategik.

Duta Besar Malaysia ke Republik Uzbekistan, Rafeedah Abdul Aziz berkata, pencapaian itu mencerminkan potensi besar yang masih boleh diterokai, khususnya dalam sektor pembuatan, elektrik dan elektronik, industri makanan serta komoditi termasuk minyak dan produk berasaskan kelapa sawit.

Beliau berkata demikian ketika mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Lapangan Terbang Antarabangsa Islam Karimov Tashkent, Uzbekistan.

Turut berangkat pulang ialah anakanda puteri kedua Baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Menurut Rafeedah, Kedutaan Besar Malaysia di Tashkent akan terus mempergiat usaha memperkukuh hubungan dua hala melalui pelbagai libat urus strategik bersama pihak berkepentingan di Malaysia dan Uzbekistan. BacaPanduan

Katanya, usaha berkenaan bukan sahaja tertumpu kepada peningkatan perdagangan sedia ada, malah merangkumi penerokaan peluang baharu di Uzbekistan dan rantau Asia Tengah.

Antara bidang yang dikenal pasti mempunyai potensi besar ialah pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), industri halal, kewangan Islam, pelancongan, kebudayaan, tenaga hijau, sains dan teknologi serta kecerdasan buatan (AI).

Kerjasama dalam sektor berkenaan dijangka dapat membuka akses pasaran lebih luas kepada syarikat Malaysia, selain menggalakkan hubungan perniagaan dan peluang pelaburan yang saling menguntungkan.

Dalam perkembangan berkaitan, Tuanku Syed Faizuddin Putra menamatkan lawatan kerja ke Uzbekistan selepas berkenan merasmikan Seminar Warisan Nabawi Antarabangsa (SWAN X) 2026 di Samarkand.

Penganjuran seminar itu turut melibatkan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) sebagai rakan strategik kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Lawatan berkenaan turut memperlihatkan peranan institusi diraja Perlis dalam memperkukuh hubungan pendidikan, kebudayaan dan jaringan antarabangsa antara Malaysia dengan Uzbekistan. BacaPanduan

Foto: Istana Arau

SUARA MERDEKA

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content