10,000 Hadiri RWMF 2025, Diraja Perlis Turut Sama Rayakan Warisan Borneo

KUCHING, 22 Jun 2025 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, hari ini berkenan berangkat menghadiri Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (Rainforest World Music Festival – RWMF) 2025 yang berlangsung meriah di Kampung Budaya Sarawak, Santubong.

Keberangkatan Baginda berdua turut disertai oleh putera dan puteri Baginda iaitu Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, serta Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Ketibaan keluarga diraja disambut mesra oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.

RWMF 2025 yang kini memasuki edisi ke-28 berlangsung dari 20 hingga 22 Jun, menampilkan persembahan pelbagai genre muzik dunia serta warisan budaya Borneo. Bertemakan “Connection – One Earth, One Love”, festival ini menarik lebih 10,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Malam pembukaan menyaksikan pentas berprestij RWMF dimeriahkan dengan persembahan daripada artis dan kumpulan muzik antarabangsa dan tempatan, termasuk:

Komunikasi Visual Spontan dan Kaitannya Dengan Prestasi Kerja serta kumpulan Meruked dari Sarawak.

Festival ini bukan sekadar pentas hiburan, tetapi menjadi medan silang budaya yang mempertemukan pelbagai etnik dan suara dunia dalam semangat keamanan, seni dan kelestarian.

Keberangkatan Diraja ke RWMF 2025 mencerminkan sokongan terhadap pelestarian budaya, pembangunan pelancongan kreatif dan pengiktirafan terhadap warisan dunia Borneo yang unik dan kaya nilai sejarah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content