Elak Ambil Lebih 10 Gram Gula Setiap Hidangan

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi lebih daripada 10 gram gula setiap hidangan, kerana ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, terutamanya paras gula dalam darah.

Indeks Glisemik (GI) ialah sistem penilaian yang digunakan untuk mengukur kadar peningkatan paras gula dalam darah selepas pengambilan karbohidrat dalam makanan, berdasarkan 50 gram karbohidrat bersih. Makanan dengan GI tinggi boleh menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak, mengakibatkan turun naik yang tidak stabil, yang berisiko terutama bagi penghidap diabetes dan mereka yang mempunyai masalah metabolik.

Oleh itu, memahami GI serta memilih makanan rendah gula, disertai penggunaan peranti pemantau gula dalam darah berasaskan AI, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan secara menyeluruh.

Maklumat tersebut disampaikan oleh Pengasas Glorious Melodies Consultancy Pte Ltd, Dr. Eric Wu, dalam satu sesi taklimat kesihatan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di majlis santapan tengah hari yang diadakan di Hotel AC Marriott, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama menyambut baginda yang diiringi sama oleh para peserta kayuhan ‘TTG Kuala Lumpur’ ialah Pengerusi Pusat Budaya Cina Malaysia, Datuk Ng Heng Chuan.

Taklimat kesihatan itu turut meliputi topik-topik lain, termasuk: makanan kegemaran ramai, bijirin, kekacang dan kacang tanah, sayur-sayuran dan cendawan, buah-buahan, makanan laut dan daging, snek, makanan Korea dan Jepun, mi dan pasta, makanan perayaan, minuman, minyak dan perasa, telur dan produk tenusu, hidangan buatan sendiri serta makanan kawalan gula.
Taklimat tersebut juga membincangkan isu AGE (Produk Akhir Glikasi Lanjutan) serta memperkenalkan makanan Asia yang tinggi kandungan AGE.

Menurut rekod, Dr. Eric Wu mempunyai latar belakang profesional dalam bidang perubatan, kewangan dan pendidikan. Beliau menggabungkan pengetahuan tradisional dan moden untuk mempromosikan pertukaran budaya Timur-Barat, selain mengasaskan kursus ‘Everlasting Classics’ yang menyatukan falsafah kedua-dua dunia. Beliau juga merupakan salah seorang penulis bersama buku terlaris mengenai topik persaingan global.
Dr. Wu turut menggalakkan model kesihatan lima dimensi dan pernah menjalankan program pendidikan belia berskala besar di Mexico bagi menangani isu sosial seperti obesiti dan pengurusan emosi dalam kalangan remaja.
Beliau telah dianugerahkan penghargaan antarabangsa oleh Kongres Mexico dan UNESCO, serta berkhidmat sebagai Penasihat Pendidikan Antarabangsa UNESCO-ICHEI (Institut UNESCO untuk Pendidik Tinggi di Era Digital).
Untuk rekod, sebelum menghadiri majlis tersebut, Tuanku Raja Muda bersama-sama para tetamu yang lain telah menghadiri sesi dialog mengenai potensi pelaburan di Negeri Perlis yang diadakan di ibupejabat China State Construction Engineering (M) Sdn. Bhd. (CSCEC) Malaysia, Kuala Lumpur yang telah diaturkan oleh baginda.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content