ARAU, 27 Julai (Bernama) — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 246 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-83 bagi sesi kedua dan ketiga Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis di Istana Arau di sini.
Sesi kedua istiadat penganugerahan itu berlangsung hari ini, manakala sesi ketiga dijadualkan berlangsung di istana berkenaan pada 30 Julai ini.
Menurut kenyataan Kerajaan Negeri Perlis hari ini 14 menerima anugerah Darjah Seri Sirajuddin Perlis (S.S.P); 15 menerima anugerah Darjah Ahli Mahkota Perlis (A.M.P) dan 68 menerima anugerah Pingat Mahkota Perlis (P.M.P.)
Ad Banner
Ad Banner
Sementara itu, dua penerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T); 48 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K); 85 penerima Pingat Jasa Baik (P.J.B) serta 14 penerima Pingat Perkhidmatan Lama (P.P.L).
Kenyataan itu memaklumkan antara penerima S.S.P ialah ACP Ahmad Sahrin Hussain dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah; Amirul Nizam Marodzi (Pejabat Meteorologi Selangor); Mazmin Mat Akhir (Jabatan Perpustakaan, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis); Megat Mohd Noor Megat Teh (Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis) dan Dr Mohamad Zamri Kamis (Jabatan Kesihatan Negeri Perlis).
Bagi darjah A.M.P pula, antara penerimanya ialah Ahmad Tarmizi Mohd Asarani (Jabatan Kesihatan Negeri Kedah); Alzafry Abu Bakar (Ibu Pejabat RISDA); Azemi Zakaria (Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Perlis); ACP Azizan Tukiman@A. Rahman (IPK Perlis); Hasnizam Hassan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Izani Othman (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Perlis) dan ACP Mohd Shokri Abdullah (Ketua Polis Daerah Padang Besar).
Ad Banner
Sementara itu, antara penerima P.M.P pula ialah ACP Mohd Rosli Mohd Yussoff Alfakree (IPK Perlis); Maizura Shamsuddin (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis); Mohammad Afifi Othman@Omar (Jabatan Pendidikan Negeri Perlis); Mohamad Zaki Ismail (Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Perlis); Abdul Wahid Zainal (Pejabat Pilihan Raya Negeri Perlis) dan Azizi Ahmad (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perlis) manakala dua penerima P.P.T pula ACP Yusharifuddin Mohd Yusop (Ketua Polis Daerah Kangar) dan Mejar Mohammad Saifulrizal Abu (Markas Tentera Darat).
Dalam pada itu, Izuani Abdul Wahab (RTM Perlis) antara penerima P.J.K dan Noor Aini Hanapiah (Penolong Pegawai Penerangan Perlis) serta Muhamad Hafiz Ab Mutalib (Ketua Biro Utusan Malaysia Perlis) antara penerima P.J.B, manakala antara penerima P.P.L ialah Ahmad Ridhwan Othman (Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis) dan Khuzaimah Hassan (Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis).
Kenyataan itu memaklumkan penganugerahan itu bukan sahaja sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanan penerima malah turut mencerminkan keprihatinan Raja Perlis terhadap usaha dan khidmat bakti rakyat baginda, sekali gus mengukuhkan semangat kesetiaan serta perpaduan dalam kalangan rakyat Perlis.
— BERNAMA
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia