Raja Muda berhasrat lahirkan umat Perlis pentingkan kesihatan, proaktif cegah penyakit

82626

Oleh: Sholina Osman
5 FEB. 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bercita-cita melahirkan umat negeri Perlis yang mementingkan kesihatan dan proaktif dalam mencegah penyakit demi mewujudkan masyarakat yang menghargai kesejahteraan hidup.

Konsep celik kesihatan ini bukan sahaja melibatkan individu, tetapi juga “kecekapan organisasi” di mana institusi perubatan bertanggungjawab memastikan maklumat kesihatan disampaikan dalam bentuk yang paling mudah difahami oleh komuniti.

Tahap literasi yang tinggi membolehkan seseorang mencari, mengolah, dan memanfaatkan data kesihatan bagi membuat keputusan bijak berkaitan penjagaan diri. Ini merangkumi aspek pengetahuan dan motivasi dalam menguruskan risiko kesihatan fizikal serta mental.

UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN

Penggunaan bahan pendidikan yang moden, interaktif, dan senang dicapai sangat penting untuk meningkatkan kesedaran serta mendorong perubahan gaya hidup yang lebih positif dalam kalangan rakyat.

Sebagai contoh, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menyepadukan saringan kesihatan percuma ke dalam Program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Mewajibkan saringan ini kepada bakal penerima bantuan membolehkan pengesanan awal penyakit dilakukan dan rawatan segera diberikan.

PROGRAM AGIHAN ZAKAT

Demikian titah Tuanku Raja Muda Perlis sempena Program Agihan Zakat MAIPs yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda puteri kedua baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Sebanyak RM210,000 telah disalurkan kepada seramai 300 orang penerima asnaf, merangkumi 75 orang dari kalangan anak kariah Bangsal Lebah, 75 orang dari kariah Kota Kayang, 75 orang dari kariah Behor Temak dan 75 orang lagi dari kariah Behor Lateh.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs secara langsung kepada penerima terpilih, dengan setiap individu menerima RM700. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.