Aidiladha dirai dengan keberkatan, keikhlasan, semangat pengorbanan- Raja Muda Perlis

ARAU, 8 Jun- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan harapan agar sambutan Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, keikhlasan dan semangat pengorbanan yang mendalam dalam jiwa setiap insan.

Baginda bertitah, hari yang mulia itu seharusnya diraikan dengan penuh rasa syukur, kasih sayang dan kebersamaan bersama insan tersayang.

“Ibadah korban mengandungi pelbagai hikmah dan nilai yang mendalam, membentuk sahsiah individu yang luhur, membina keharmonian masyarakat serta memupuk sifat keikhlasan dan kesyukuran dalam setiap amalan kehidupan”, titah Baginda.

Baginda bertitah ibadah tersebut juga mendidik umat agar lebih empati terhadap golongan memerlukan, menanamkan rasa prihatin dan kasih sayang dalam masyarakat.

”Nilai pengorbanan dan keikhlasan yang terpancar melalui amalan korban menyemai ukhuwah yang erat dan saling menyokong antara satu sama lain.

Demikian titah Baginda ketika meluangkan masa untuk bersama masyarakat setempat meninjau ibadah korban yang dilaksanakan di Masjid Negeri Arau dan Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut berangkat mengiringi Baginda berdua adalah anakanda putera, Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, dan anakanda-anakanda puteri, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content