AIM serah zakat perniagaan RM800,000 kepada MAIPs

AIM serah zakat perniagaan RM800,000 kepada MAIPs

Foto: MAIPs
17 APRIL 2026

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM800,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam usaha memperkasa golongan asnaf di negeri ini.

Penyerahan zakat berkenaan disempurnakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Masjid Muhammadi Sungai Adam, Jejawi.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Noor Aeiza Hassan, berkata penyerahan zakat itu sebahagian daripada komitmen AIM dalam membantu usaha memperkasa pembangunan asnaf.

MENYALURKAN ZAKAT WAKALAH

“Ini kali pertama AIM menyalurkan zakat wakalah kepada MAIPs berjumlah RM800,000 bagi membantu golongan B40.

“Dana ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kemaslahatan rakyat Perlis,” katanya.

Katanya lagi, inisiatif itu mencerminkan kesungguhan AIM dalam memastikan sumbangan yang disalurkan memberi impak langsung kepada rakyat yang memerlukan.

Terdahulu, Syed Hussian turut mengiringi Raja Muda Perlis menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 30 asnaf terpilih dalam kariah Sungai Adam, dengan setiap seorang menerima RM700.

DAPAT MEMBERI IMPAK

Dalam pada itu, Noor Aiza berkata, pihaknya sentiasa memastikan setiap sumbangan yang disalurkan dapat memberi impak kepada peningkatan taraf hidup golongan berpendapatan rendah.

“Kita harap usaha ini dapat memberi impak berpanjangan dalam merapatkan jurang sosioekonomi.

“Ia juga bagi memperkukuh pembangunan ummah secara menyeluruh,” katanya. – SUMBER : BERITA HARIAN

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.