Arwenraj Buktikan Pelajar Bukan Islam Boleh Pelajari Bidang Berkaitan Islam

Arwenraj Buktikan Pelajar Bukan Islam Boleh Pelajari Bidang Berkaitan Islam

ARAU, 23 Julai 2019 (Selasa) – Walaupun bukan Islam, Arwenraj a/l Muniandy berjaya membuktikan bahawa beliau bukan sahaja boleh mempelajari bidang berkaitan Islam tetapi mampu cemerlang dalam bidang itu.

Graduan Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) Sesi Disember 2017, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis itu menepis pandangan negatif keluarga dan orang sekelilingnya untuk mempelajari amalan halal yang lazimannya dipelajari oleh pelajar beragama Islam.

“Jurusan yang saya ambil ini adalah pilihan ketiga saya. Pada mulanya saya tidak mendapat restu daripada ibu saya. Tetapi saya membuktikan bahawa saya mampu dan menerima Anugerah Ketua Jabatan setiap semester sepanjang enam semester saya disini,” kata pelajar berusia 22 tahun itu.

Arwenraj, anak sulung daripada tiga beradik ini kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perkhidmatan Makanan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Beliau ditemui Bernama selepas menerima dua anugerah masing-masing Anugerah Khas Akademik dan Anugerah Khas PTSS daripada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Konvokesyen PTSS kali ke-13 di sini, hari ini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Seramai 1,168 graduan PTSS menerima Diploma pelbagai jurusan dan 26 orang graduan Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu dalam bidang Sijil Hotel dan Katering pada majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Sementara itu ibunya Jayanthi Balakrishan, 46, ketika ditemui berkata beliau pada mulanya menentang cadangann anaknya untuk mengambil jurusan ini kerana dikuathiri tidak mendapat pekerjaan apabila keluar ke alam pekerjaan.

Beliau berkata Arwenraj menunjukkan minat bersungguh-sungguh untuk mempelajari jurusan itu dan Jayanthi terharu kerana hasil kejayaan hari ini anaknya itu boleh melanjutkan lagi pengajiannya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.