Bank Muamalat Serah Zakat Perniagaan RM159,304 Kepada MAIPs

PADANG BESAR, 31 Mei 2019 (Jumaat) – Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM159,304.08 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mock cek zakat itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif BMMB Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dalam program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi di sini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat sama pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Sebelum itu keberangkatan baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus BMMB Kawasan Utara, Azman Shuib.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content