Biasiswa Kursi Jamalullail, Selesaikan Masalah Dan Isu Yang Dihadapi Komuniti

Biasiswa Kursi Jamalullail yang diwujudkan sejak 7 Februari 2019 bermatlamat memberikan 50 biasiswa kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah kedoktoran di UIAM.

Ia juga bertujuan melonjakkan penyelidikan bagi menyelesaikan masalah dan isu yang dihadapi oleh komuniti setempat.

Menurut Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Emeritus, Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, sehingga kini , 38 orang pelajar peringkat Doktor Falsafah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sedang mengikuti pengajian di bawah program Biasiswa Kursi Jamalullail.

24 projek dibawah Geran Penyelidikan Jamalullail telah dilaksanakan. Beliau mempersembahkan laporan berkenaan ketika majlis sembah mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

MAIPs rai 13 pelajar asnaf

2025/05/20 12:19 PM

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content