Delegasi Jelajah Ilmu Deklamasi Sajak, Persembahan Silat Sempena Hari Malaysia

BANGKOK, 17 Sept (Bernama) — Delegasi Jelajah Ilmu Ke-16 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mewarnai sambutan Hari Malaysia dengan mempersembahkan deklamasi sajak dan pertunjukan silat malam tadi.

Jelajah Ilmu ke-16 UniMAP diketuai oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Canselor UniMAP.

Keberangkatan tiba baginda di sini disambut oleh Timbalan Ketua Misi Kedutaan Malaysia di Bangkok Suzilah Mohd Sidek.

Baginda turut melancarkan dua menu makanan Perlis sempena Promosi Makanan Perlis iaitu Kurma Daging Perlis dan Pulut Mangga Perlis yang akan menjadi antara menu istimewa di Restoran Ibu milik rakyat Malaysia.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyampaikan sumbangan MAIPs Peduli sebanyak RM1,000 kepada Masjid Mirasuddeen, Bangkok.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content