KUALA PERLIS, 16 Ogos- Duta Besar Iran, Ali Asghar Mohammadi menyatakan rasa gembira kerana berpeluang dapat melawat dan berinteraksi dengan para penduduk setempat di Projek Transformasi DiRaja Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis.
Perkampungan ini unik dan menarik, lebih-lebih lagi dengan rumah yang dicat dengan warna-warni.
Beliau kagum akan kepemimpinan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berjaya mentransformasi sebuah kampung nelayan biasa sebelum ini kepada salah satu tempat menarik di negeri Perlis dan kini semakin menjadi sebutan dan tumpuan para pelancong.
Tarikh kemaskini: 4/10/2025