Etiqa, MAIPs dan NGO Salur Hampir RM500,000 Santuni Golongan Memerlukan di Perlis

Etiqa, MAIPs dan NGO Salur Hampir RM500,000 Santuni Golongan Memerlukan di Perlis

KANGAR, 16 Mac 2026 – Etiqa Family Takaful Berhad dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Hawariyyun, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Pertubuhan Kebajikan Sahabat Urwah menyalurkan sumbangan hampir RM500,000 bagi menjayakan pelbagai program kebajikan sepanjang bulan Ramadan di seluruh negeri Perlis.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM95,000 telah disampaikan kepada beberapa rumah kebajikan dan rumah anak yatim dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Al-Amin Sempering, Jalan Santan, Kampung Keranji, di sini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyaksikan penyempurnaan penyerahan sumbangan kepada wakil-wakil institusi kebajikan yang terlibat.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim kepada wakil-wakil institusi kebajikan yang hadir.

Antara penerima sumbangan termasuk Teratak Rahmah Persatuan Al-Islah Perlis, Persatuan Anak Yatim Negeri Perlis, Rumah Anak Yatim Mak Teh, Rumah Kanak-Kanak Arau, Rumah Warga Emas, Rumah Warga Emas Sejahtera serta Pertubuhan Amal dan Kebajikan Rumah Lavender.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan sektor korporat bersama pertubuhan kebajikan dalam memperkukuh agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini, khususnya anak-anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan yang disalurkan diharapkan dapat membantu meringankan beban institusi kebajikan di samping menyokong keperluan harian serta meningkatkan kesejahteraan para penghuni sepanjang bulan Ramadan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.