Institusi Raja Payung Perpaduan, Adat dan Agama Diperkasa Secara Strategik

Institusi Raja Payung Perpaduan, Adat dan Agama Diperkasa Secara Strategik

Kangar 19 Feb. – Peranan institusi Raja dalam konteks negeri Perlis tidak hanya terhad kepada aspek perlembagaan dan simbol kedaulatan, malah merangkumi amanah besar sebagai pelindung agama, penaung budaya serta pemelihara keharmonian negeri.

Menurut Baginda, kedudukan Raja sebagai lambang perpaduan rakyat memerlukan pendekatan yang bijaksana dan berhemah, khususnya dalam dunia yang sedang berubah pantas serta masyarakat yang semakin terdedah kepada pelbagai pengaruh luar.

Dalam suasana tersebut, adat istiadat berperanan sebagai “tali” pengikat antara warisan dan kemodenan, manakala agama menjadi panduan serta “neraca” dalam menilai setiap bentuk pembaharuan yang ingin dibawa.

Baginda menegaskan bahawa pemerkasaan institusi adat istiadat Melayu Perlis tidak boleh berlaku secara terasing daripada agama Islam mahupun sistem pemerintahan. Sebaliknya, ia perlu dirangka dalam satu acuan strategik dan kolaboratif yang diselaraskan melalui dasar, program serta pelaksanaan yang holistik dan menyeluruh.

Kayuhan Amal Santuni Asnaf
Program kayuhan amal tersebut bertujuan menyantuni golongan asnaf serta masyarakat kurang berkemampuan di negeri Perlis, selaras dengan komitmen MAIPs dalam memastikan kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara.

Inisiatif ini bukan sekadar aktiviti sukan, malah merupakan pendekatan turun padang untuk mendekati penerima bantuan secara langsung. Ia turut melibatkan penyampaian agihan zakat serta bantuan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

Dalam program berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga asnaf terpilih, iaitu Mohd Nasir Mohamad Nor, 49, dari Kampung Telok Jambu; Puteh Bakar, 91, dari Kampung Teluk Kachang; serta Rosenah Hashim, 74, juga dari Kampung Telok Jambu.

Pendekatan bersepadu yang menggabungkan adat, agama dan pemerintahan ini mencerminkan komitmen berterusan institusi Raja dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, selari dengan aspirasi pembangunan negeri yang mampan dan berteraskan nilai Islam.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.