Jadikan gedung pengajian baik sekolah maupun IPT sebagai taman ilmu – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
12 SEPT. 2025

Islam memuliakan orang berilmu dengan kedudukan yang tinggi, maka jadikanlah gedung pengajian baik sekolah maupun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai taman ilmu dan menimba pengetahuan sebagai amalan sepanjang hayat.

Golongan pelajar di negeri juga disarankan agar rajinlah belajar dan teruslah menuntut ilmu kerana hanya dengan ilmu kita mampu membezakan kebenaran daripada kesilapan serta menegakkan yang hak.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di sekitar Chuping.

MENYALURKAN SUMBANGAN ZAKAT

Melalui pendekatan kayuhan berbasikal ini, MAIPs bukan sahaja menyalurkan sumbangan zakat terus ke kediaman penerima, malah turut menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Inisiatif ini membuktikan bahawa dakwah dan kebajikan boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara kreatif, sekali gus menyampaikan mesej bahawa MAIPs sentiasa prihatin serta dekat di hati umat.

Pada edisi kali ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah kepada tiga penerima terpilih iaitu Azwan Arzali, 37, dari Kampung Perik, Mohd Rizuan Sulaiman, 39, dari Kampung Chelong dan Itam Ishak, 78, juga dari Kampung Chelong.

WARISAN D’PERUN HOMESTAY

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Warisan D’Perun Homestay yang terletak di No. 2A, Jalan Kubang Perun, Chuping sempena promosi Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2026.

Homestay ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya bilik berhawa dingin, smart TV, sambungan WiFi percuma, ruang tamu yang selesa, dapur dengan kemudahan memasak, ruang parkir yang luas, dua bilik tidur dengan katil bersaiz ‘queen’ serta kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.