Jelajah Ilmu UniMAP Kunjungi Kementerian Pendidikan Dan Sukan Laos

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua, kiri) bertemu Menteri Pendidikan dan Sukan Laos Profesor Madya Dr Phout Simmalavong

Keberangkatan tiba baginda bersama delegasi disambut oleh Menteri Pendidikan dan Sukan Laos Prof Madya Dr Phout Simmalavong.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Laos Mohd Aini Atan dan Naib Canselor UniMAP Prof Dr Zaliman Sauli.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Cancelor UniMAP bertitah universiti itu akan terus relevan melalui kolaborasi dengan universiti lain di peringkat antarabangsa.

“UniMAP terus relevan melalui kolaborasi penyelidikan dan perkongsian inovasi bersama-sama dengan industri dan komuniti.

Jelajah IImu ke-16 bermula semalam hingga 17 Sept ini di Laos dan Thailand turut disertai 24 pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP.

Sementara itu, menerusi program jelajah berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyampaikan sumbangan Ibnu Sabil sebanyak RM3,000 kepada Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Vientiane.

Sumbangan disampaikan kepada Duta Malaysia ke Laos Mohd Aini Atan itu bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan situasi kecemasan, terputus bekalan sara diri atau terkandas untuk kembali ke tempat asal atau meneruskan perjalanan.

Tuanku Syed Faizuddin seterusnya berkenan menyaksikan majlis menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara UniMAP dan National University of Laos (NUOL) sebagai usaha menjalin kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi.

Baginda berharap perbincangan hari ini akan membuka ruang kepada kedua-dua universiti untuk bekerjasama dengan lebih erat dalam mencapai pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

“Pertemuan julung kali kita pada hari ini akan menjadi medan bagi kita meneroka peluang yang ada untuk UniMAP dan NUOL bekerjasama dalam mengembangkan dan memperbaharui peluang-peluang tersebut untuk kebaikan bersama,” titah baginda selepas menyaksikan majlis menandatangani Lol berkenaan antara Zaliman dan Presiden NUOL Prof Madya Dr Oudom Phonekhampheng.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content