Kualiti Perlu Jadi Teras Khidmat MAIPs – Raja Muda Perlis

Kualiti Perlu Jadi Teras Khidmat MAIPs Raja Muda Perlis

PADANG BESAR , 19 Julai 2019 (Jumaat) – Perubahan dalam sistem serta cara penyampaian sesuatu perkhidmatan amat penting, memandangkan kehendak pelanggan pada masa kini adalah lebih terarah kepada keberhasilan dan mementingkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah oleh semua warga kerja di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelanggan kini lebih terdidik dan mereka mengkehendaki perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan yakni ‘customer oriented’.

“Bagi memahami denyut nadi masyarakat ini, penilaian impak perlu sentiasa dijalankan bagi meneliti jurang penyampaian dalam perkhidmatan,” titah baginda.

Demikian titah Raja Muda ketika berkenan menyempurnakan majlis penandatanganan ‘Kaedah – Kaedah Peguam Syarie 1995’ (Kaedah 13) – Sijil Peguam Syarie No. Siri Pendaftaran: 074/2019 yang diadakan di Bilik Kuning Istana Arau petang semalam

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis turut menambah bahawa sekiranya sasaran penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi itu telah berjaya dicapai, maka usaha penambahbaikan haruslah dilaksanakan dari masa ke semasa bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi berkenaan.

Penambahbaikan secara berterusan terhadap perkhidmatan sedia ada dan penawaran perkhidmatan baharu wajar dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa bersifat cekap, tepat, berkualiti, proaktif dan responsif.

Dalam perkembangan lain petang tadi pula, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 19 bagi tahun 2019’ yang diadakan di Masjid Al Kauthar, Kampung Paya, Beseri, Padang Besar. Turut diadakan ialah ‘Ceramah Hijrah Minda oleh AADK’ dan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut dan juga yang berdekatan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.