MAIPs mestilah laksanakan tanggungjawab berpaksikan ihsan – Raja Muda Perlis

26 FEB. 2025

Setiap usaha yang dijalankan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mestilah berpaksikan ihsan, iaitu kualiti terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab.

Contoh terdekat adalah pengagihan zakat dan pengurusan wakaf yang mesti mencapai golongan sasaran dengan cara yang paling efisien, tersusun, berimpak tinggi dan memberi kesan positif kepada kehidupan mereka yang menerima sumbangan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 300 asnaf sempena Program Hijrah Minda MAIPs yang berlangsung di Masjid Al-Barakah Jelempok, dekat Arau.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

KALANGAN ANAK KARIAH

Asnaf-asnaf terpilih pada kali ini adalah dari kalangan anak kariah Jelempok, Kampung Sena, Ulu Pauh dan Kurung Anai yang menerima RM700 setiap seorang.

Jumlah penuh disumbangkan oleh MAIPs ialah RM210,000.

Terdahulu daripada itu para penerima menjalani pemeriksaan saringan kesihatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri serta mendengar ceramah kas mengenai Bahaya Najis Dadah’ oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan juga Bangun Jiwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content