ARAU, 1 April 2026 — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM437,345 kepada Nazir Sekolah Agama MAIPs bagi tahun 2026.
Peruntukan itu disampaikan secara simbolik oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin dalam satu majlis di Masjid Negeri Arau, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Unit Agihan Zakat MAIPs, Muhammad Najdi Mohd Noor.
Dalam titah baginda, Tuanku Syed Faizuddin mengingatkan bahawa dalam dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, institusi agama seperti MAIPs perlu sentiasa bersedia, peka terhadap perubahan semasa serta mampu bertindak secara bijaksana, pantas dan tepat pada masanya.
Baginda bertitah, keupayaan institusi agama perlu terus diperkukuh agar tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kepentingan agama dan ummah.
Sehubungan itu, baginda menegaskan MAIPs akan terus memperkasakan keupayaan institusinya supaya peranan yang digalas dapat diterjemahkan secara lebih menyeluruh dan berimpak kepada masyarakat.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia
Last updated: 4/3/2026