KIGALI, Rwanda, 24 Julai 2025 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bercadang untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Khidmat Usahawan Asnaf yang akan menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi kelompok asnaf secara holistik dan berdaya saing.
Hasrat itu diumumkan susulan lawatan kerja Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke Norrsken House Kigali di Rwanda, sempena program Safar Ilmi MAIPs 2025. Turut mengiringi ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Norrsken House Kigali, sebuah pusat keusahawanan berimpak tinggi di Afrika, kini menjadi ekosistem paling aktif di rantau itu dengan menempatkan lebih 350 syarikat dan 1,600 usahawan. Ia beroperasi 24 jam sebagai pusat kerja bersama (co-working space) dan menyediakan pelbagai sokongan seperti penasihat undang-undang, akauntan, pelabur, pemasar dan jurupenasihat kewangan.
Model hibrid ini menggabungkan operasi berasaskan yayasan dan pelaburan mampan melalui yuran, program komuniti serta pembiayaan berimpak — menjadikannya contoh relevan untuk diguna pakai dalam konteks Malaysia.
ATAM Jadi Platform Pelaksanaan di Perlis
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor, menjelaskan bahawa pusat sehenti tersebut akan dilaksanakan di bawah kerangka Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM), dengan memanfaatkan aset sedia ada milik MAIPs serta disesuaikan mengikut keperluan tempatan.
“Kita tidak mahu hanya menyalur dana semata-mata, tetapi mencipta laluan ke arah asnaf yang berdikari, berkemahiran dan kompetitif dalam jangka panjang,” ujarnya.
Antara elemen yang akan digabungkan termasuk:
– Latihan teknikal dan vokasional
– Literasi digital dan pengurusan perniagaan
– Akses pasaran dan jaringan profesional
– Sokongan pakar, pemantauan prestasi dan kebolehpasaran
– Pelan Agihan Holistik MAIPs Diperluas
Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada aspirasi Pelan Agihan Holistik MAIPs, yang memberi fokus kepada pembangunan ekonomi asnaf melalui pendekatan jangka panjang dan bersasar, bukan sekadar bantuan kebajikan.
“Pusat sehenti ini bukan hanya fasiliti fizikal, tetapi ekosistem yang membentuk pemikiran, kemahiran dan keyakinan diri para peserta,” tambah Haji Mohd Nazim.
Lawatan ke Rwanda membuktikan komitmen MAIPs dalam memperluas jaringan idea dan amalan terbaik global, demi memperkasakan