MAIPs salur Bantuan Fitrah berjumlah RM6,132,500 kepada 12,265 penerima

17 MAC 2025

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan Bantuan Fitrah berjumlah RM6,132,500 kepada seramai 12,265 orang penerima di seluruh Negeri Perlis.

Bantuan ini mencerminkan keprihatinan MAIPs dalam memastikan kebajikan asnaf terus terpelihara, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Kenyataan media MAIPs memaklumkan, majlis penyerahan simbolik tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin di Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis dan Jawatankuasa di Bawah MAIPs yang berlangsung di ibu negara.

Berangkat sama adalah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda-anakanda Baginda Berdua, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, selaku Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Pengukuhan Inisiatif MAIPs dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan Zakat MAIPs.

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN

Majlis dimulakan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada Ahli-ahli Majlis dan sebahagian Ahli-Ahli Jawatankuasa MAIPs yang baru dilantik.

Tuanku Raja Muda menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Majlis dan Ahli Jawatankuasa MAIPs atas komitmen yang dicurahkan dengan tulus ikhlas dalam merangka inisiatif berimpak tinggi demi kepentingan ummah.

Terdahulu, dilaksanakan perbincangan khusus mengenai Cadangan Halatuju MAIPs 2026-2030, yang menumpukan kepada usaha memperkasakan kebajikan, pembangunan ummah, serta pelaksanaan dasar yang lebih mampan dan inklusif dalam pentadbiran Islam di Perlis.

Turut dilaksanakan ialah pembentangan Prestasi MAIPs bagi Tahun 2024 oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, diikuti sesi pembentangan halatuju strategik melewati tahun 2030 oleh wakil-wakil Jawatankuasa di bawah MAIPs. – JM

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content