MAIPs salur bantuan RM40,000 kepada Pertubuhan Amal dan Kebajikan Rumah Lavender

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPS
11 MAC 2026

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan bantuan sebanyak RM40,000 kepada Pertubuhan Amal dan Kebajikan Rumah Lavender dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ), Kangar.

Sumbangan tersebut disempurnakan dalam majlis yang turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Tuanku Yang Dipertua MAIPs yang berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda puteri kedua Baginda berdua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Pertubuhan Amal dan Kebajikan Rumah Lavender diwakili oleh pengerusinya, Tuan Marja Tuan Mat, manakala MAIPs diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazim Mohd Noor.

SEBUAH PERTUBUHAN KEBAJIKAN

Rumah Lavender merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang berpusat di Kangar, yang menyediakan khidmat transit serta bantuan kebajikan khusus kepada golongan orang kurang upaya (OKU), khususnya OKU penglihatan, selain warga emas dan ibu tunggal.

Pusat ini berfungsi sebagai pusat transit dan kebajikan penting di negeri Perlis.

Selain menyediakan perlindungan sementara kepada golongan yang memerlukan, Rumah Lavender turut memberi tumpuan kepada usaha memperkasa kemandirian ekonomi penghuninya.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah program latihan penghasilan produk kraf tangan kreatif dan berkualiti, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran serta membuka peluang menjana pendapatan kepada para penghuni.

Sumbangan daripada MAIPs ini diharap dapat membantu memperkukuh operasi pusat berkenaan serta menyokong usaha berterusan dalam memperkasa kebajikan dan kesejahteraan golongan yang memerlukan di negeri Perlis. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.