Maqasid Syariah Teras Tadbir Urus MAIPs – Raja Muda Perlis

Maqasid Syariah Teras Tadbir Urus MAIPs – Raja Muda Perlis

KUALA PERLIS, 3 April 2026 — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar prinsip Maqasid Syariah dan Al-Siyāsah al-Syar‘iyyah dijadikan tunjang utama dalam setiap tindakan, keputusan serta dasar yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, pendekatan tersebut selaras dengan Pelan Hala Tuju MAIPs 2026–2030 yang memberi penekanan kepada tadbir urus berteraskan syariah dan berorientasikan kemaslahatan ummah.

“Seluruh Ahli Majlis serta jawatankuasa MAIPs hendaklah menghayati, memahami dan mengaplikasikan sepenuhnya kedua-dua prinsip ini dalam setiap aspek pentadbiran organisasi.

“Setiap keputusan perlu benar-benar berteraskan syariah, berorientasikan kemaslahatan serta menjauhi segala bentuk kemudaratan demi kesejahteraan ummah,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian sempena program MAIPs Peduli yang diadakan di sekitar Kuala Perlis baru-baru ini.

Program berbentuk kayuhan amal itu merupakan inisiatif unik yang menggabungkan aktiviti riadah berbasikal dengan misi kebajikan bagi menyantuni golongan asnaf.

Program berkenaan diketuai sendiri oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra dengan fokus menyalurkan bantuan secara terus ke kediaman penerima.

Dalam edisi kali ini, Baginda berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada tiga penerima iaitu Hassan Abdullah, 88, dari Kampung Perak; Aisyah Long, 83, dari Kampung Baru Jalan Sarawak; serta Abdul Mutalib Ali, 44, dari Kampung Nelayan Kuala Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.