‘Pameran Raja Kita’ sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Ke-82 di Dewan 2020

Oleh: Sholina Osman
18 MEI 2025

‘Pameran Raja Kita’ sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Ke-82 Raja Perlis berlangsung di Dewan 2020 Kangar pada Ahad, 18 Mei 2025 mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Antara yang dilaksanakan ialah Pameran Diraja, pameran dan promosi Askar Wataniah, kuiz, pertandingan baca nyaring, baca jawi, pertandingan mewarna, Fun Walk, dan juga sudut santai perpustakaan.

Semua dijemput hadir.

MELIHAT PAMERAN TERSEBUT

Pada petang semalam Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan meluangkan masa melihat pameran tersebut ketika berangkat menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-82.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mengiringi sama ialah Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail serta kekanda-kekanda iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Keberangkatan tiba Duli-Duli Tuanku ke majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis itu disambut oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli serta kepimpinan pentadbiran negeri.

MANTAN PERDANA MENTERI

Tambah ceria ialah dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam majlis tersebut, Tuanku Raja turut berkenan menyempurnakan simbolik perasmian majlis dengan memotong kek istimewa berupa sebuah kereta perisai ‘Ferret Car’ sempena Hari Keputeraan ke-82 Baginda.

Sebelum itu, pada sebelah paginya Tuanku Syed Sirajuddin telah berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 25 penerima yang telah menyumbang jasa dan bakti kepada negeri dan negara dalam satu majlis penuh istiadat dan bermakna di Balairong Seri, Istana Arau. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content