PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima undangan berkunjung ke kafe Paris Baguette di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan amakanda sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Berjaya Food Berhad dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Datuk Sydney Lawrance Quays.
Ditubuhkan pada tahun 1988, jenama ini diinovasikan melalui pengaruh global, dengan lebih 4,000 outlet di seluruh dunia.
Berjaya Paris Baguette bersedia untuk mengembangkan jenama Paris Baguette di seluruh rantau ini dengan lima cawangan baharu dirancang untuk dibuka pada setiap tahun.
Kedai pertama di Pavilion Kuala Lumpur mempamerkan konsep kafe kedai roti yang tersendiri, menarik ribuan penggemar makanan dan pakar setiap minggu untuk merasai tawarannya daripada kek, pastri, roti, pencuci mulut dan banyak lagi.
Paris Baguette baru-baru ini membuka kedai keduanya di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil.
Sydney Lawrance berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila Pemangku Raja dan Raja Puan Muda berdua berkenan berangkat mengunjungi Paris Baguette, Pavilion Kuala Lumpur.
“Kami amat berharap agar kemesraan dan layanan kami “blend seamlessly with our delectable cuisine”,” ujarnya.
Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar perniagaan Berjaya Food Berhad akan terus berjaya dan berkembang dengan maju.
Tarikh kemaskini: 4/10/2025