PEMANGKU RAJA PERLIS DAN RAJA PUAN MUDA BERKENAN BERANGKAT KE LIMA ’23

LANGKAWI, 24 Mei (Bernama) — Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil hari ini berkenan berangkat ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Baginda berdua dan delegasi yang disertai oleh pegawai Istana Arau dan media Perlis tiba di Telaga Harbour pada 4.30 petang.

Delegasi yang diketuai oleh Tuanku Syed Faizuddin dijadual menyaksikan demonstrasi maritim serta udara dan melawat kapal perang asing antaranya Kapal Perang Korea Selatan ROKS No Jeok Bong.

Baginda juga dijadual menyaksikan beberapa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaysia Perlis dan Kolej Universiti Islam Perlis dengan beberapa syarikat.

Menurut jurucakap Istana Arau, delegasi baginda turut mencari peluang menjalin kerjasama dengan syarikat luar yang berminat untuk melabur di Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content