PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyantuni para pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
Ia bersempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan Kita anjuran bersama oleh E-Idaman Sdn. Bhd. dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama HTF Kangar, Padi Beras Nasional (BERNAS) dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP).
PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertamua khabar pesakit yang sedang menjalani dialisis sempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan Kita anjuran bersama oleh E-Idaman Sdn. Bhd. dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama HTF Kangar, Padi Beras Nasional (BERNAS) dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ismuni Bohari.
Turut hadir Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Dr. Nordin Mohamed, CEO MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah SWCorp Perlis, Shamsuharizal Basir.
E-Idaman Sdn. Bhd. telah menyampaikan sumbangan CSR berjumlah RM16,480 kepada 113 orang pesakit yang menerima rawatan di Unit Dialisis, Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis HTF Kangar.
PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan penyampaian daripada E-Idaman Sdn. Bhd. sumbangan CSR berjumlah RM16,480 kepada 113 orang pesakit yang menerima rawatan di Unit Dialisis, Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis HTF Kangar.
“Program pada hari ini adalah sebahagian daripada iltizam syarikat untuk menyumbang kepada masyarakat atas sokongan yang diberikan kepada E-Idaman selama ini dan sebagai syarikat swasta, E-Idaman bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial koporat syarikat bersama-sama dengan pihak MAIPs” kongsi Zaki di majlis tersebut.
Tarikh kemaskini: 4/9/2025