Petikan FB Fadhlina Sidek,
5 MAC 2025, Menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah mencemar duli menyempurnakan Majlis Peluncuran Jamalullail LeADS in Digital School (JLiDS) Negeri Perlis Tahun 2025.
Inisiatif JLiDS dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan teknologi memandangkan Perlis antara negeri yang paling laju ke hadapan dalam inisiatif digital di sekolah.
Hasil inisiatif ini, 74 buah sekolah rendah serta sebuah sekolah dalam hospital di Perlis akan menerima papan pintar (smartboard) dan peralatan teknologi terkini untuk kegunaan PdP.
Perlis sangat beruntung kerana sentiasa mendapat dukungan Tuanku Raja Muda Perlis dalam semua inisiatif pendidikan di negeri ini.
Ayuh, kita terus bangunkan pendidikan negeri Perlis di bawah pimpinan Cikgu Ros Aza dan seluruh jajaran JPN Perlis! – JM
Tarikh kemaskini: 3/7/2025