Perlis Border Boys juara Perlis Royal Seven 2026

Perlis Border Boys juara Perlis Royal Seven 2026

KANGAR, 13 Julai – Pasukan Perlis Border Boys muncul juara kategori Lelaki Terbuka Kejohanan Ragbi Perlis Royal Seven 2026 selepas menewaskan Malaysia University 19-12 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan johan dan naib johan bagi kategori Lelaki Terbuka.

Edisi Perlis Royal Seven tahun ini mempertandingkan tiga kategori iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Lelaki Bawah 21 Tahun, selain turut diserikan dengan penyertaan antarabangsa menerusi pasukan dari Thailand, Thaksin University, yang menambahkan lagi daya saing serta prestij kejohanan.

Bagi kategori Lelaki Bawah 21 Tahun, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) muncul juara selepas menewaskan SUKMA Perlis pada perlawanan akhir.

Penyampaian hadiah bagi kategori itu telah disempurnakan oleh Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Sementara itu, Malaysia University Ladies dinobatkan sebagai juara kategori Wanita Terbuka selepas mencatat kemenangan bergaya 27-0 ke atas RMP Blues Ladies pada aksi final.

Penganjuran Perlis Royal Seven 2026 sekali lagi membuktikan komitmen Persatuan Ragbi Perlis dalam memperkasa pembangunan sukan ragbi di negeri itu, di samping menyediakan platform kompetitif kepada pemain tempatan dan antarabangsa untuk mengasah bakat serta meningkatkan tahap permainan.

Kejohanan berkenaan turut menjadi medan penting dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain ragbi berpotensi tinggi, sekali gus mengukuhkan kedudukan Perlis sebagai antara negeri yang aktif menganjurkan kejohanan ragbi berprestij di negara ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.