Perlis-Indonesia Perkukuh Kerjasama Pendidikan, Semikonduktor Dan Pelaburan

Perlis Indonesia Perkukuh Kerjasama Pendidikan, Semikonduktor Dan Pelaburan

ARAU, 14 Mei — Hubungan Perlis dan Indonesia memasuki fasa baharu yang lebih dinamik menerusi penerokaan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan, teknologi semikonduktor serta pelaburan dan perdagangan serantau.

Ruang kerjasama itu diperkukuh susulan kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Wanton Saragih Sidauruk, ke atas Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Galeri DiRaja Arau, baru-baru ini.

Pertemuan berkenaan antara lain memberi tumpuan kepada usaha menjadikan Perlis sebagai hab pendidikan antarabangsa, khususnya melalui kehadiran pelajar Indonesia di institusi pengajian tinggi negeri itu.

Universiti Muhammadiyah Malaysia kini mempunyai kira-kira 200 pelajar, manakala Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin mencatatkan seramai 130 pelajar Indonesia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyarankan supaya UMAM memberi keutamaan kepada penawaran program pascasiswazah termasuk Doktor Falsafah dan Sarjana bagi memperkukuh daya saing pendidikan tinggi di Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.