Persidangan Antarabangsa Kursi Jamalullail secara digital berjalan lancar

(UIAM) serta Bahagian Pengajian Qur’an dan Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Menurut titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan menyempurnakan majlis perasmiannya secara digital, persidangan tersebut berjaya mengupas tentang kewujudan masalah intelektual yang memerlukan perhatian ilmiah. Para ahli akademik terlibat berjaya membincangkan kaedah yang dipersetujui dalam usaha menghuraikan keraguan berkaitan ayat al-Quran dan Hadis yg dianggap sebagai tidak jelas. Ini adalah platform untuk berkongsi pengetahuan dan perbahasan intelektual melibatkan kemusykilan al-Quran dan al-Hadith.

Melalui persidangan ini, harapan baginda ialah hasilnya bukan sekadar penyelesaian tetapi juga akan menyaksikan perubahan sikap dalam menangani perselisihan. Tema persidangan ini juga mendedahkan kepada semua tentang pandangan para sarjana yang berbeza dari pelbagai dimensi.

Sesungguhnya pembentukan Kursi Jamalullail itu sendiri adalah bertujuan untuk mempromosikan penyelesaian masalah dan penyelesaian konflik sebagai ciri penyelidikan dan pengetahuan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs berharap kepada semua para pembentang kertas kerja, agar perbincangan dan perbahasan tersebut dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan membuka jalan kepada mereka untuk terus belajar menghargai kekayaan pengetahuan melalui perbezaan dan perbahasan mengenainya.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content