Putera Raja Muda Perlis Curi Tumpuan Bermain Sape di RWMF 2025

KUCHING, 22 Jun 2025 – Aksi santai Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, Putera kepada Raja Muda Perlis dan Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, mencuri tumpuan para pengunjung apabila beliau tampil memainkan alat muzik tradisional Sarawak, sape, pada malam kedua Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025 di Kampung Budaya Sarawak, Santubong.

Aksi spontan tersebut dirakam sejurus ketibaan keluarga diraja Perlis di lokasi festival, sekali gus memeriahkan suasana yang penuh warna-warni budaya dan muzik global.

Raja Muda & Raja Puan Muda Perlis Hadiri Festival Antarabangsa

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis, dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis, berangkat menghadiri malam kedua festival berprestij itu, diiringi oleh anakanda dan kerabat diraja termasuk Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.

RWMF Satukan Irama Dunia & Tradisi Sarawak

Malam kedua RWMF 2025 menyajikan gabungan irama antarabangsa dan tempatan yang mengasyikkan, dimulakan dengan segmen “Magic Hour” yang menyaksikan persembahan pembukaan oleh kumpulan tempatan Naungan, diikuti Seppuku Pistols (Jepun) dan Kulāiwi (Hawai‘i).

Kemuncak malam ditutup meriah dengan persembahan penuh tenaga oleh Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay, yang membawa nostalgia dan semangat kepada ribuan pengunjung.

Festival Berteraskan Kelestarian & Pendidikan Budaya

Selain konsert utama, pelbagai aktiviti sampingan seperti bengkel muzik, demonstrasi kraf tradisional, pasar seni dan gerai makanan tempatan terus menjadi tarikan utama pengunjung.

Inisiatif kelestarian menerusi Pasukan Hijau terus diperkukuh, menekankan amalan 3R – Reduce, Reuse, Recycle sepanjang acara.

RWMF 2025: Platform Perpaduan & Aspirasi Budaya

Rainforest World Music Festival 2025 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform global yang menyatukan muzik, pendidikan, alam sekitar dan komuniti, dengan kehadiran tetamu diraja menambah seri dan makna kepada pesta budaya ini.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content