Puteri Raja Muda Perlis hadir wakili baginda ke Sambutan Aidilfitri PPKL

Puteri-puteri kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail berangkat hadir mewakili Baginda serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) di Gabion Garden Hall, Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota di sini.

Pada majlis tersebut, kedua-dua puteri Baginda telah dipersembahkan Sijil Keahlian Ahli Kehormat sebagai tanda penghormatan tertinggi persatuan oleh Yang Dipertua PPKL, Datuk Md Silmi Abd Rahman.

Majlis berkenaan dianjurkan bukan sahaja untuk meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan, malah menjadi platform penting dalam mengukuhkan ukhuwah serta jalinan silaturahim dalam kalangan anak perantauan Perlis khususnya di Lembah Klang.

Kehadiran yang amat memberangsangkan jelas mencerminkan semangat kekitaan serta kasih terhadap negeri Perlis yang terus utuh walaupun berjauhan.

Para tetamu turut disajikan dengan pelbagai juadah tradisional dan moden, di samping pengisian acara yang menarik dan penuh warna-warni, menjadikan majlis ini simbol perpaduan, warisan budaya serta keakraban komuniti Perlis di perantauan.

Untuk rekod, dalam usaha memperkasakan pendidikan dan kebajikan, PPKL telah melaksanakan beberapa inisiatif signifikan termasuk Program Success Bound bersama MRSM Beseri tahun lalu yang melibatkan 500 murid serta guru pengiring dari seluruh sekolah menengah di Perlis.

Program tersebut dirangka bagi membina kesedaran, meningkatkan motivasi serta memperjelas hala tuju akademik pelajar selari dengan keperluan membentuk generasi berdaya saing.

Melalui program sama, PPKL turut menyumbangkan 30 unit komputer riba bernilai RM30,000 kepada pelajar asnaf bagi membantu proses pembelajaran mereka.

Bagi tahun 2026, Program Success Bound dijangka diteruskan sekitar Jun ini dengan sokongan berterusan daripada ahli persatuan.

PPKL berharap penglibatan aktif semua pihak akan terus memastikan setiap program yang dirancang memberi manfaat kepada komuniti anak-anak Perlis di ibu negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.