Raja Muda mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Perlis yang dipenuhi pelbagai program besar

Raja Muda mengalu alukan kedatangan pengunjung ke Perlis yang dipenuhi pelbagai program besar

Oleh: Sholina Osman
Foto: MAIPs
24 APRIL 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Perlis untuk bersama-sama menyemarakkan pelbagai program besar yang sedang berlangsung di Negeri ini pada penghujung minggu ini sebagai permulaan kepada Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Tuanku Raja Perlis Yang Ke-84 yang bakal tiba pada 17 Mei yang akan datang ini.

Antara yang menjadi tumpuan ialah Perkampungan Sunnah Siri ke-11 Tahun 2026 bertemakan “Zikrullah: Menghidupkan Sunnah, Mendapatkan Fadhilah” yang berlangsung dari 24 hingga 26 April di Masjid Alwi, Kangar.

Perlis International Marathon 2026 (PLIM26) kembali berlangsung pada Sabtu, 25 April bermula di Stadium Tuanku Syed Putra setelah tidak diadakan sejak Covid-19 yang lalu.

ACARA AGROPELANCONGAN TERBESAR

Perlis Agrofest 2026 berlangsung dari 24 hingga 26 April di Sungai Batu Pahat. Festival ini merupakan acara agropelancongan terbesar negeri yang menghimpunkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Festival Mangga Harumanis dalam satu penganjuran bersepadu.

Promosi Kraf Malaysia 2026 @ Perlis pula dilaksanakan dari 24 April hingga 3 Mei di Kangar Jaya Mall, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, turut membuka ruang kepada pengunjung untuk menyokong dan mengangkat martabat produk kraf tempatan.

Persembahan pentas, Menempa Tari Tradisi 2026 : Di Kota Kayangan pula dijayakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perlis pada 24 dan 25 April bermula jam 8.30 malam.

AMAL GEMILANG PISKANITA

Tidak ketinggalan, Majlis Amal Gemilang PISKANITA 2026 pada 25 April yang bertemakan “Majestic Red Carpet Gala” di Dewan Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Demikian titah Tuanku Raja Muda selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Alwi, Kangar.

Turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sempena program tersebut, Baginda berdua turut berkenan menyempurnakan Agihan Zakat MAIPs kepada 30 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Kangar dengan jumlah keseluruhan RM21,000. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.