SEPANG, 31 Okt – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan perlumbaan PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC), di sini hari ini.
Mengiringi Baginda ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
Keberangkatan tiba Baginda disambut Pengerusi SIC, Datin Anita Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.
Turut bersama Baginda ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Rahimi Ismail. IkutiSukan
Penganjuran Grand Prix Motosikal Malaysia 2026 kali ini menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan pelumba terbaik dunia ketika perebutan kejuaraan memasuki fasa penentuan dengan hanya berbaki dua pusingan terakhir musim ini.
Antara acara yang menjadi tumpuan ialah Perlumbaan Tissot Sprint MotoGP pada sebelah petang yang menawarkan peluang penting kepada pelumba mengutip mata bagi memperkukuh kedudukan masing-masing dalam kejuaraan dunia. TiketPerlumbaan
Selain kelas utama MotoGP, peminat sukan permotoran turut disajikan aksi kompetitif dalam kategori Moto2, Moto3 dan Idemitsu Asia Talent Cup yang menjadi platform mencungkil serta mengetengahkan bakat muda dari rantau Asia, termasuk Malaysia.
PETRONAS Grand Prix of Malaysia terus menjadi antara acara sukan permotoran antarabangsa berprestij yang menarik kehadiran peminat tempatan dan luar negara.
Penganjurannya bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam kalendar perlumbaan MotoGP dunia, malah turut menyumbang kepada perkembangan industri sukan permotoran, pelancongan dan ekonomi negara. RujukanGeografi
Foto: Istana Arau