Raja Muda Perlis Berkenan Saksikan Persembahan The Commodores di RWMF 2026

Raja Muda Perlis Berkenan Saksikan Persembahan The Commodores di RWMF 2026

KUCHING, 28 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan penampilan istimewa kumpulan legenda funk dan soul dunia, The Commodores dari Amerika Syarikat pada malam kedua Rainforest World Music Festival 2026 di Sarawak Cultural Village.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Abdul Karim Rahman Hamzah serta Gerald Rentap Jabu bersama isteri, Datin Rosemarie Wong.

Kumpulan The Commodores yang mencipta nama di persada muzik antarabangsa sejak beberapa dekad lalu menghiburkan pengunjung dengan rangkaian lagu malar segar termasuk Easy dan Brick House, sekali gus menghangatkan suasana festival yang memasuki edisi ke-29 tahun ini.

Malam kedua RWMF 2026 turut menyajikan persembahan bertenaga menerusi gabungan pelbagai genre dan irama muzik dunia yang mencerminkan kepelbagaian budaya serta identiti unik festival berkenaan.

Persembahan dimulakan dengan segmen Magic Hour Performance oleh Akasha sebelum disusuli Drum Call oleh The Thunder Beat of Nanyang Wushu Drums yang membuka pentas utama dengan persembahan penuh dinamik dan memukau.

Antara artis lain yang turut memeriahkan malam kedua festival ialah Straw Lim, Drum Up, Sambasunda dan Namgar yang masing-masing menampilkan keunikan muzik tradisional dan kontemporari negara asal mereka.

RWMF 2026 terus mengekalkan reputasinya sebagai antara festival muzik dunia paling berprestij di rantau ini dengan menghimpunkan penggiat seni serta peminat muzik dari pelbagai negara dalam suasana yang meraikan kepelbagaian budaya dan warisan global.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.