Raja Muda Perlis lawat reruai PENA, Tulus Kata di PBAKL 2025

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli melawat reruai Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Tulus Kata di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, hari ini.

Keberangkatan baginda berdua menyerikan lagi suasana pesta buku yang sedang rancak berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sekali gus memberi sokongan besar kepada industri perbukuan serta komuniti penulis tempatan.

Lawatan baginda berdua turut disambut mesra oleh wakil-wakil penerbit dan penulis di reruai berkenaan yang tidak melepaskan peluang berkongsi maklumat mengenai karya terbitan tempatan, termasuk koleksi majalah serta buku-buku yang mengangkat sejarah dan isu semasa negara.

Kedua-dua baginda turut berkenan meninjau pelbagai judul terbitan PENA serta Tulus Kata, yang menjadi antara daya tarikan utama reruai berkenaan.

Sambutan pengunjung juga jelas menunjukkan minat tinggi terhadap bahan bacaan berunsur sejarah, politik dan sastera.

Kehadiran baginda berdua turut mencerminkan sokongan institusi diraja terhadap pembangunan budaya ilmu dan literasi dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda yang hadir bersama keluarga ke pesta buku tahun ini.

PBAKL 2025 terus mencatat kejayaan dengan kehadiran pengunjung yang luar biasa, dan lawatan daripada tokoh diraja seperti Tuanku Raja Muda Perlis menjadi pemangkin kepada pengiktirafan terhadap usaha penggiat buku tempatan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content