Raja Muda Perlis Mahu Rakyat Mencari Kaedah Memaksimum Pencapaian

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak rakyat di negeri ini agar sentiasa cuba mengambil perspektif baharu dalam melaksanakan tugas-tugas harian di samping sentiasa mempunyai pemikiran terbuka dan pada setiap masa sanggup melaksanakan sesuatu secara berlainan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Demikian dititahkan baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Husna, Batu Bertangkup untuk diagihkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Masjidnya Fazil Dahaman baru-baru ini. Masing-masing akan menerima RM700.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda juga berharap supaya masyarakat di negeri ini sentiasa memberi tumpuan kepada mencari idea-idea baharu dan bertindak ke atas idea-idea tersebut, serta pada masa yang sama berusahalah bagi mencipta nilai melalui kaedah-kaedah yang baharu dalam apa-apa penugasan sekalipun yang dilaksanakan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

MAIPs rai 13 pelajar asnaf

2025/05/20 12:19 PM

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content