Raja Muda Perlis: Pendidikan negara perlu progresif seiring ledakan AI

Raja Muda Perlis Pendidikan negara perlu progresif seiring ledakan AI

ARAU, 16 Ogos 2026 – Sistem pendidikan negara perlu terus diperkasakan supaya lebih progresif dan berimpak tinggi seiring perkembangan teknologi serta ledakan kecerdasan buatan (AI), titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Ketahui lebih lanjut
Sukan
Liputan sukan
Berita terkini
Baginda bertitah, perkembangan pesat teknologi menuntut sistem pendidikan melahirkan generasi yang bukan sahaja celik digital, malah mempunyai keupayaan berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Menurut baginda, semua pihak perlu memberikan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan digital agar selaras dengan keperluan semasa serta aspirasi negara.

recommended by

Starline.
Satu Gelas sebelum Tidur Hilangkan 16 Kg dalam 2 Minggu!
Tempah sekarang
“Sokongan padu termasuk daripada pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, komuniti serta rakan strategik pendidikan diyakini mampu merealisasikan agenda transformasi pendidikan yang digariskan dalam Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dengan jayanya,” titah baginda. BeritaTabung Haji

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian sempena program Kayuhan MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kampung Banggol Sena, baru-baru ini.

Related Articles

Kongres PKR 2026 jadi pemangkin perkukuh gerak kerja parti – Fahmi
17 August 2026

Harimau Malaya terkulai di Cheras, tunduk 0-2 kepada Vietnam
17 August 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) kini menggerakkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 bertemakan “Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kejayaan Bersama”.

Ketahui lebih lanjut
Kempen & Pilihanraya
politik
Iklan dalam talian
Pelan itu mencerminkan komitmen untuk memastikan setiap murid tanpa mengira latar belakang atau lokasi memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti, inklusif dan relevan dengan keperluan masa hadapan.

Sementara itu, Kayuhan MAIPs Peduli merupakan antara inisiatif berterusan MAIPs yang menggabungkan aktiviti gaya hidup sihat dengan misi kebajikan menerusi ziarah kasih ke kediaman golongan asnaf di seluruh negeri.

Program berkenaan membolehkan keadaan kehidupan penerima bantuan ditinjau secara dekat selain bantuan disampaikan secara terus bagi meringankan beban mereka.

Sempena program itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada tiga penerima asnaf dari Kampung Banggol Sena.

Mereka ialah Sidek Hasan, 75; Mohd Fairos Ayob, 41; dan Hashim Abdullah, 72.

Pendekatan turun padang itu merupakan sebahagian daripada usaha MAIPs memperkukuh agenda kebajikan dan kesejahteraan ummah, selain memastikan bantuan zakat dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada golongan sasar.

Program berkenaan turut menjadi wadah mengeratkan hubungan antara institusi agama, masyarakat dan penerima manfaat di Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.