Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencadangkan promosi pelancongan negeri Perlis turut dibuat secara bertali arus dalam bahasa Thai, di mana penduduk di selatan negara jiran kita tersebut pasti akan tertarik dan seterusnya lawati negeri ini.
Pada kesempatan yang sama baginda menitahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemilik serta pengusaha lokasi pelancongan, tempat penginapan dan kedai-kedai makan di negeri ini yang promosinya tanpa lelah, tanpa henti melalui pelbagai medium terutama media sosial.
Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan ’Majlis Perasmian Penutupan Pesta Angin Timur Perlis 2023’ yang berlangsung selama tiga hari di Kampung Sungai Padang, petang semalam.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan puteri kedua baginda berdua Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan serta Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Pesta Angin Timur Perlis 2023 (PAT2023) telah berjaya meningkatkan usaha kesedaran serta penyertaan masyarakat dalam seni budaya setempat bagi memartabatkan lagi keunikan program tempatan’.
Tambah Tuanku Raja Muda, ‘Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan akan mampu meningkatkan lagi apresiasi seni budaya kepada segenap lapisan masyarakat ke arah Pembentukan Perpaduan Bangsa Malaysia yang harmoni’.

Tarikh kemaskini: 4/8/2025