Raja Muda Perlis seru pelajar bina kekuatan dalaman hadapi cabaran

Raja Muda Perlis seru pelajar bina kekuatan dalaman hadapi cabaran

GEORGE TOWN, 20 Ogos 2026 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru generasi muda supaya membina kekuatan dalaman yang kukuh bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar, kompetitif dan sentiasa berubah.

Baginda bertitah, jati diri, disiplin, ketahanan mental dan prinsip hidup yang teguh menjadi benteng penting bagi membolehkan seseorang menghadapi cabaran masa depan dengan penuh keyakinan.

“Hanya mereka yang mempunyai jati diri, disiplin, ketahanan mental dan prinsip hidup yang teguh akan mampu berdiri dengan yakin menghadapi segala cabaran mendatang,” titah Baginda.

recommended by

As-Salihin
Rancang Harta Demi Masa Depan
Lindungi hak keluarga anda sekarang
Ketahui lanjut
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke Majlis Jalinan Wawasan di Wawasan Open University (WOU), di sini. Royalti

Program itu diadakan bersempena Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang Untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih di Negeri Perlis 2026 yang berlangsung di Pulau Pinang.

Related Articles

Jati diri asas lahir insan berkualiti, pemimpin berwibawa – Raja Muda Perlis
22 August 2026

100 pelajar Perlis diperkasa jati diri, bakat kepimpinan
22 August 2026
Bengkel berkenaan dianjurkan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai sebahagian usaha memperkasa potensi serta kepimpinan generasi muda negeri itu.

Ketahui lebih lanjut
Rujukan Geografi
Waktu & Kalendar
Panduan Perjalanan & Kisah Perjalanan
Keberangkatan Baginda berdua di lobi Rumah Agam ‘Homestead’ WOU disambut Pengerusi Wawasan Education Foundation (WEF), Tan Sri Andrew Sheng Len Tao; Ahli Lembaga Pengarah universiti, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Norziana Mohd Inon serta Naib Canselor WOU, Profesor Ts. Dr Yap Eng Hwa.

Turut menyambut keberangkatan ialah Ahli Lembaga Pengarah YTSP Perlis, Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza.

Pada majlis itu, Baginda berdua berkenan menandatangani buku pelawat serta bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah universiti, ketua-ketua jabatan dan fasilitator.

Baginda turut berkenan menyempurnakan acara pertukaran cenderamata sebelum menghadiri santapan petang dan mengadakan lawatan sekitar universiti.

Kunjungan berkenaan turut memberi pendedahan kepada peserta bengkel mengenai suasana pendidikan tinggi serta kepentingan membina keupayaan diri sebagai persediaan untuk melangkah ke peringkat pengajian dan kehidupan yang lebih mencabar.

Foto: YTSP Perlis

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.