Raja Muda Perlis seru semua pihak bantu perkukuh MAIPs

KANGAR: Semua pihak diseru agar sama-sama membantu memperkukuh peranan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam memartabatkan sosio-ekonomi Islam, menjunjung nilai keadilan sosial, serta memastikan kesejahteraan umat Islam terus terbela.

Kejayaan MAIPs bukan hanya diukur dari aspek jumlah bantuan yang disalurkan, tetapi lebih utama, impak yang tercapai dalam memperkasa Ummah dan membangunkan masyarakat Islam yang lebih sejahtera dan berdikari.

Semoga segala usaha kita akan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan membawa manfaat yang berpanjangan kepada rakyat negeri Perlis ini secara khususnya.

Pada masa yang sama Ahli-ahli Majlis serta Ahli-ahli Jawatankuasa kecil MAIPs dipohon supaya sentiasa beriltizam dalam mengangkat agenda transformasi dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kangar baru-baru ini.

Program berbasikal ini merupakan acara mingguan yang melibatkan penyertaan pegawai MAIPs bersama wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), swasta serta komuniti setempat.

Kayuhan ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga merupakan medan bagi menyampaikan sumbangan, meninjau kehidupan golongan asnaf, dan melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan di beberapa lokasi terpilih.

Dalam edisi kali ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan MAIPs berupa wang tunai sebanyak RM700, beras fidyah, serta Kit MAIPs Peduli Efyzazl Abd Rais, 50, dari Kampung Repoh; Mat Saad Mat Jaafar, 65, dari Kampung Tanjung Gorah; dan Mohd Azari Nor, 48, dari Jalan Kaki Bukit.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content