Raja Muda Perlis Seru Usahawan Rebut Peluang Pensijilan Halal Perkukuh Daya Saing

Raja Muda Perlis Seru Usahawan Rebut Peluang Pensijilan Halal Perkukuh Daya Saing

PADANG BESAR, 25 Julai — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru golongan usahawan di negeri ini supaya merebut peluang mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia sebagai langkah strategik untuk memperkukuh daya saing perniagaan serta memperluaskan pasaran.

Baginda bertitah, pensijilan halal bukan sekadar memenuhi keperluan syarak, malah melambangkan komitmen usahawan dalam memastikan setiap produk dan perkhidmatan mematuhi piawaian kualiti, keselamatan serta kebersihan demi memelihara kesejahteraan ummah.

“Saya ingin menegaskan pensijilan halal hendaklah dihayati sebagai satu ibadah yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan serta dipikul sebagai satu amanah yang menuntut integriti dan akauntabiliti,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Program Pengiktirafan Zon Tayyibah, Amanah, ’Afiyah dan Taharah (T.A.A.T.) dan Pensijilan Halal Malaysia Peringkat Perlis di Padang Besar, hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyarankan pihak berkuasa supaya terus memainkan peranan secara proaktif dalam memudah cara urusan usahawan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan dan permohonan pensijilan halal.

Baginda berharap Perlis mampu menjadi contoh dalam pembangunan ekosistem halal negara, selain menegaskan Kempen Zon T.A.A.T. perlu menjadi pemangkin kesedaran dalam kalangan pengusaha premis makanan untuk mengamalkan nilai tayyibah, amanah, ’afiyah dan taharah sebelum melangkah ke arah memperoleh Pensijilan Halal Malaysia.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.