Raja Muda Perlis terima mengadap Duta Hungary, bincang potensi sukan teqball

Raja Muda Perlis terima mengadap Duta Hungary, bincang potensi sukan teqball

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2026 – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menerima mengadap Duta Hungary ke Malaysia, Dr. Sándor Sipos, di sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini.

Baginda diiringi Presiden Persatuan Teqball Malaysia (MTA), Siva Kumar Jakarathan atau KJ Siva, serta Naib Presiden persatuan itu, Nasruddin Nazar.

Dalam pertemuan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin menzahirkan harapan agar pihak Kedutaan Hungary dapat bekerjasama dengan negeri Perlis bagi memperkenal dan mempopularkan lagi sukan teqball, yang kini semakin mendapat perhatian di peringkat serantau.

Hasrat itu disuarakan susulan pencapaian cemerlang pasukan The Perlis Northern Lions yang muncul juara Liga Teqball Malaysia 2025 pada Oktober tahun lalu.

Teqball merupakan sukan yang berasal dari Hungary dan mula diperkenalkan sekitar tahun 2012 hingga 2014. Di Malaysia, sukan itu dipromosikan oleh Persatuan Teqball Malaysia.

Sukan berkenaan turut menunjukkan perkembangan positif di rantau Asia Tenggara apabila dipertandingkan sebagai sukan demonstrasi pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, sebelum disenaraikan sebagai acara pingat rasmi pada Sukan SEA 2025 di Thailand.

Perkembangan itu dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada negeri-negeri termasuk Perlis untuk memainkan peranan dalam memperkasa sukan berkenaan, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.