Lausanne – Umat Islam diingatkan agar sentiasa mengutamakan kesejahteraan diri dan mengekalkan gaya hidup aktif sepanjang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan ini.
Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail menitahkan bahawa kualiti kesihatan harus dijaga dengan pemilihan pemakanan yang seimbang serta aktiviti fizikal yang bersesuaian agar ibadah puasa tidak menjadi asbab kemudaratan.
Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut menyeru masyarakat agar terus hidup bersederhana, memperbanyak amal kebajikan, serta mengutamakan ketaatan kepada Allah SWT dalam bulan yang mulia ini.
Demikian menurut kenyataan MAIPs selepas baginda berkenan berangkat menyerahkan agihan zakat MAIPs berjumlah RM2,000.00 kepada Centre Islamique De Lausanne yang beroperasi di Passage de Montriond 14, Lausanne, Switzerland.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Imam Cheikh Mouwafac El Rifai bagi pihak pusat Islam tersebut.
Hadir sama mengiringi baginda ialah anakanda baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Syed Sirajuddin Areeb Putra Al Haj Jamalullail.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia